Saya terfikir macam manalah nak terjemah (translate) Woocommerce ke dalam Bahasa Melayu.
Akhirnya saya jumpa. Ini caranya:
Plugin:
Loco Translate
1. Pastikan Wordpress Language adalah dalam English USA
2. Install plugin Loco Translate
3. Pergi ke plugin Loco Translate
4. Ambil Woocommerce
5. Masukkan bahasa baru dengan klik New Language
6. Pilih English sahaja
7. Pilih create in plugins/woocommerce/i18n/languages
8. Klik Start Translating
Baik. Fasa 1 selesai. Kita masuk Fasa 2.
1. Pergi ke Loco Translate > Woocommerce
2. Klik en_US : English 1%
3. Ambil Filter Translation
4. Pergi ke Website kita
5. Lihat perkataan-perkataan yang ingin kita terjemahkan
6. Cari menggunakan Filter Translation
7. Setelah jumpa, pergi ke bahagian English Translation
8. Masukkan ayat terjemahan anda. Tidak perlu spesifik. Tergantung kepada cara anda terjemah
9. Klik Save
10. Refresh website dan lihat perubahan.
Read more